Aaron Taylor-Johnson
Aaron Taylor-Johnson

Aaron Taylor-Johnson

Aaron Taylor-Johnson (lahir Aaron Perry Johnson;[1] 13 Jun 1990)[2] ialah seorang pelakon Inggeris, dikenali dengan peranannya dalam filem-filem Kick-Ass dan sebagai Quicksilver dalam Avengers: Age of Ultron. Beliau mula berlakon ketika berumur enam tahun dan muncul dalam filem-filem seperti Angus, Thongs and Perfect Snogging (2008) dan The Illusionist (2006). Beliau kemudiannya mula membintangi sebagai watak utama dalam Nowhere Boy, dimana beliau melakonkan watak John Lennon; Kick-Ass dan sekuel Kick-Ass 2 sebagai tajuk karakter; Savages dan Godzilla. Johnson melakonkan watak Quicksilver dalam babak pertengahan kredit Captain America: The Winter Soldier pada tahun 2014. Beliau menyambung wataknya dalam filem 2015, Avengers: Age of Ultron, sekuel kepada The Avengers.[3]Beliau pada mulanya dikredit sebagai Aaron Johnson dan mula dikredit sebagai Aaron Taylor-Johnson pada tahun 2013 bersama Kick-Ass 2. Beliau dengan sahnya menukar nama beliau selepas berkahwin dengan pengarah, Sam Taylor-Wood.[4]

Aaron Taylor-Johnson

Pekerjaan Pelakon
Pasangan Sam Taylor-Johnson (k. 2012)
Anak 2
Tahun aktif 2001–sekarang
Nama lain Aaron Johnson
Warganegara British
Kelahiran Aaron Perry Johnson
(1990-06-13) 13 Jun 1990 (umur 29)
High Wycombe, Buckinghamshire, England

Rujukan

WikiPedia: Aaron Taylor-Johnson http://www.aintitcool.com/node/43367 http://popwatch.ew.com/2014/03/14/captain-america-... http://www.imdb.com/name/nm1093951/ http://www.latimes.com/entertainment/movies/movies... http://marvel.com/news/story/21563/official_elizab... http://www.people.com/people/archive/article/0,,20... http://www.scifisquad.com/2009/12/14/kick-ass-kick... http://www.thewrap.com/node/23054 http://variety.com/2013/film/news/elizabeth-olsen-... http://www.vulture.com/2012/06/aaron-johnson-sam-t...